Bab 1
Kata orang, cinta itu buta. Rasa yang dibiar bercambah tidak mengenal rupa, usia bahkan pangkat. Tapi, lama kelamaan, magis cinta itu mula hilang. Yang tinggal hanya cinta berharap harta.
Ketika diri kecil Luna ini beranggapan bahawa dia mempunyai orang yang mencintainya dirinya seikhlas hati, namun akhirnya rasa kasih itu dikhianati dengan pelbagai kecurangan. Hati mana yang mampu memberi seribu peluang seandainya salah itu asyik diulangi. Hati mana yang tahan bila si dia mengaku perasaan itu direka demi harta si gadis yang bertimbun. Sejak itu Luna tekad, dia tidak mahu orang mengenal harta dan keluarganya. Tetapi, Luna mahu orang mengenali hati budinya. Biarlah dari seribu menjadi satu. Asalkan yang satu itu tidak melukakan.
"Luna, sudah la tu. Kita banyak lagi kerja nak buat." Gadis yang tadinya menghadap laptop menoleh kebelakang mencari suara tadi. Bibir mencebik, matanya menjeling tanda protes.
"Nanti-nantilah aku kemas barang tu. Esok lusa abang tiri aku datang, for sure dia tolong kemaskan."Luna membalas acuh tak acuh. Bukannya dia malas nak mengemas, tapi otaknya sekarang tengah serabut. Satu per satu perlu diselesaikannya. Sejak berpindah ke Korea, dia belum sempat mengemas apa-apa memandangkan dia perlu menghadap kerja yang bertimbun.
"Aku boleh buat vlog tau, tunjuk dekat semua macam mana rupa rumah seorang novelis terkenal Malaysia."Kalau boleh bukan setakat vlog, rancangan TV pun dah boleh digunakan untuk expose betapa serabutnya keadaan Luna sekarang.
"Ish kau ni Sofia, aku bukannya sengaja nak sepahkan. Kau pun tahu rumah aku dulu macam mana kan? Okay je. Cuma sekarang ni aku tengah busy kejar deadline ni." Luna tak berpuas hati. Mana boleh biarkan orang berfikir negatif tentang dirinya. Novel kalini memang perlu dihabiskan sebaik mungkin. Ini mungkin naskah terakhir Luna sebelum dia berehat dari bidang penulisan. Naskah yang sedikit sebanyak diceritakan dari hatinya yang terluka.
"Luna, kau kata nak cerita pasal Mama and Daddy kau. Ceritalah weh." Sofia mula beralih topik menagih janji Luna terhadapnya. Tidak mahu Luna terlalu lama menghadap kerjanya. Silap-silap, ada jugak yang sakit mental sebab kejar deadline je.
"Ouh cerita tu." Luna yang dari tadi di ruang tamu melangkah ke mini bar dapurnya. Punggung dilabuhkan bersebelahan kerusi Sofia. Lagi jelas dapat melihat mata bersinar Sofia menanti cerita. Senyumannya terukir melihat reaksi teruja Sofia.
"Papa aku meninggal dunia semasa aku bayi lagi. Sejak tu, Mama yang jaga kami adik beradik. Mama yang mengambil alih kerja Papa di syarikat sampailah abang sulung aku habis belajar dan meneruskan legasi Papa. Time Mama kerja tu, dia selalu oustation ke Korea. Ye lah, sana kan tempat cantik-cantik nak shoot semua. Haa, time outstation tu lah Mama jumpa dengan Daddy kitorang." Luna meneruskan cerita untuk pendengar setianya.
Daddy, Yusof, seorang mualaf. Ustaz Syukri yang menjadi rujukannya di sana. Daddy sanggup hold jawatan sebagai CEO semata-mata untuk mendalami agama Islam selama dua tahun dan lebih beruntung kerana beruntung mempunyai keluarga yang sentiasa menyokong dan memahami. Hasil perkahwinan terdahulu, Daddy dikurniakan dua orang anak lelaki, merangkap abang tiri Luna sekarang yang juga telah memeluk agama Islam. Daddy dan Mama berjumpa di rumah Ustaz Syukri ketika mereka berkunjung untuk kelas agama.
Keputusan untuk membuka lembaran baru dalam hidup Mama melalui perkahwinan kedua tidak dibuat dengan tergesa-gesa. Biarlah lepas seorang anak untuk menguruskan syarikat keluarga, barulah Mama dan Daddy bernikah. Semuanya diuruskan oleh Ustaz Syukri.
"Kiranya Mama kau sacrifice perasaan dia semata-mata nak stabilkan keluarga kau dulu?" Sofia menyoal dalam nada separa terkesima. Luna mengangguk.
Mama mahu stabilkan keadaan syarikat dan semua aset yang mereka ada. Esok luasa bila dia sudah tidak mempunyai apa-apa sekurang-kurangnya masa depan anak-anaknya terjamin. Dari seorang Arif Nazhan, Ammar Nazril hinggalah kepada Luna Arabella. Tidak ada yang Mama terlepas pandang apatah lagi dipinggirkan. Kasih sama rata, sayang sama dikongsi, semuanya asalkan bahagia.
Alhamdulillah, perkahwinan Mama dan Daddy bawa lebih banyak kebahagiaan dalam keluarga mereka. Dari yang kecil menjadi besar, dari yang sedikit menjadi banyak, dari seorang Luna yang garang menjadi Luna yang manja, Daddy's girl. Daddy tak pernah membeza-bezakan anak-anaknya. Sedar masing-masing pernah membesar tidak berbekalkan kasih sayang yang sepenuhnya dari ibu dan bapa. Kalau tanya siapa yang paling manja sekarang, sudah tentu si Luna Arabella. Apa sahaja yang dipinta, terus Daddy tunaikan. Jangan tanya juga kenapa Mama tak marah atau melarang. Sebab Mama dah penat nak menasihati suaminya. Lagi dinasihatkan, lagi dimanjakan si Luna tu.
"Kau tengok je lah life aku sekarang Sofia. Aku cakap nak belajar dekat Malaysia, Daddy aku hantar balik sana. Aku cakap nak balik Korea, tolong Daddy, dia bawak aku datang sini balik." Luna ketawa besar mengenangkan Daddynya yang pening dengan keputusan mengejut Luna. Bukan sekali dua dia buat, berkali-kali pusing sana, pusing sini. Kalau dah dinamakan seorang sahaja puteri dalam keluarga, macam ni lah dilayankan Luna.
My kind of Prologue
Assalamualaikum. Hye.
This is my second blog. My first one is Wana's Blog . Do follow my first blog for my daily updates and other interesting sharing.
Jadi, selepas ni blog ini akan dipenuhi dengan update tentang novel. Well, aku memang suka menulis tak kira apa jua bentuk penulisan, puisi atau pantun atau cerpen dan juga novel. Apa-apa kritikan atau komen atau idea silalah berikan di chatbox kat sidebar tu, tahu menulis dan menaip kan. Haa, tang situ sajaa. Tak susah aihh. Setiap manusia ada kekurangan dan takkan pernah sempurna. Jadi, apa salahnya saling berkongsi dan menegur unuk kebaikan semua.
Kalau tak suka apa yang aku tulih. angkat kaki dan blah. Tak pernah mintak bayaran pun untuk kalian semua baca segala-galanya kat sini.